Menurut Farah, dia memang ada menyertai ceramah anjuran sebuah parti pembangkang baru-baru ini, tetapi bukan sebagai penyokong.
Saya memang ada sertai ceramah itu, tetapi saya hanya berucap tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam dan masalah perpaduan sesama Islam.
Memang tidak terniat langsung untuk saya menyertai parti itu. Apa yang saya lakukan ialah menyertai program yang berunsur Islam sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Farah Asyikin baru-baru ini telah dikatakan menyertai parti pembangkang kerana kelibatnya yang sering kelihatan sewaktu program anjuran parti tersebut
Tambah Farah, dia memang tidak ada niat untuk menyertai mana-mana parti kerana masih kurang pengetahuan dalam arena politik.
Kalau kerajaan sendiri ada memanggil saya untuk menyertai salah satu program yang berunsurkan Islam, saya tidak akan menolak untuk menyertai program itu," ujarnya.
Jelasnya lagi, memang dia sudah lama menyertai program anjuran parti itu, tetapi bukan kerana politik sebaliknya untuk bersama mengangkat martabat Islam.
0 Responses to Farah Asyikin sertai pembangkang ? Gosip Panas Artis