Aliff Aziz serik kongsi cerita peribadi - Gosip Artis Terkini

Google Adsense Code Here/Ad

Aliff Aziz serik kongsi cerita peribadi - Gosip Artis Terkini

Monday, 4 February 2013 | Tags: , , , , , , , ,
Digg it | Stumble it | Save to Del.ico.us

Aliff Aziz
Sejak kisah cintanya dilanda kontroversi pada tahun lalu, penyanyi Jangan Ganggu Pacarku, Aliff Aziz seakan serik untuk berkongsi soal kehidupan peribadinya lagi.

Kali ini, Aliff lebih memilih untuk bercerita soal kerjaya berbanding kehidupan peribadinya.

Hubungan cintanya kandas dengan pelakon, Anne Ngasri sekitar September lalu.

Aliff berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadinya untuk tatapan umum pada masa akan datang.

“Ya (lebih berhati-hati)... saya rasa peminat nak tahu tetapi sebagai selebriti, kita harus bersikap profesional, jangan terlalu membuka cerita kerana kadang-kadang kita dapat benda itu pulang balik kepada kita ‘in a bad ways’.

Seperti yang Aliff kena baru-baru ini.

“Jadi, saya tak nak bercerita bab itu tetapi tahun ini, insya-ALLAH, Aliff akan lebih berkarya daripada lebih kontroversi,” katanya.

Ketika ditanya soal status dirinya sekarang setelah hampir lima bulan putus cinta, Aliff menolak untuk memberikan apa-apa status.

“Aliff tak mahu meletakkan apa-apa status. Aliff rasa cukup-cukuplah Aliff bercerita tentang itu (cinta). (Tahun) 2012 Aliff sudah terkena kejadian yang banyak memberi Aliff pengajaran. Jadi, Aliff tak nak lah cerita banyak sangat bab itu (cinta).

“Aliff rasa untuk tahun ini, Aliff akan banyakkan menjawab soalan tentang pekerjaan. Itu lebih bagus. Aliff nak kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi Aliff sebagai seorang selebriti. Aliff rasa Aliff berhutang itu (prestasi) terhadap peminat-peminat Aliff kerana merekalah yang menyokong Aliff daripada dulu sampai sekarang,” katanya.

Menyentuh soal kontroversi itu lagi, Aliff sempat meminta maaf kepada peminatnya di samping berjanji untuk menjauhi kontroversi selepas ini.

“Aliff tahu apabila kontroversi melanda, mereka (peminat) juga terasa peritnya.

"Jadi, Aliff ingin memohon maaf kepada semua penyokong Aliff. Kepada yang masih menyokong terima kasih banyak-banyak.

“Aliff janji akan buat yang terbaik tahun ini dan jauhi kontroversi sebanyak mungkin,” katanya yang bakal memulakan penggambaran telemovie.

Meskipun turut melibatkan diri dalam bidang lakonan, penyanyi berusia 22 tahun ini tetap meneruskan kariernya sebagai penyanyi.

Bercakap soal karier, Aliff berkata, album keempatnya bakal dikeluarkan tahun ini.

“Aliff sedang mengumpul ‘material’ untuk album Aliff yang keempat yang bakal keluar tahun ini,” katanya.

Bercerita soal nyanyian dan lakonan, Aliff akui cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dalam kedua bidang tersebut.

“Aliff lagi suka menyanyi. Aliff Aziz dikenali sebagai penyanyi tetapi lakonan itu juga satu seni. Aliff minat dengan kedua-duanya  jadi, Aliff akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik dalam kedua-dua bidang.

"Walau macam mana sekalipun, Aliff tetap seorang penyanyi,” katanya.



What Next?
Link To This Page:


Link To Home Page:



Subscribe to Addicted Online or subscribe in as a reader

0 Responses to Aliff Aziz serik kongsi cerita peribadi - Gosip Artis Terkini

Post a Comment

Follow Addicted-Online

Advertisement

Recent Posts

Subscription