Antara rahsia Allah kepada kita adalah soal jodoh pertemuan. Walau sekuat manapun kemahuan kita untuk disatukan dengan insan tersayang, tanpa keredaan-Nya, ia mungkin tidak terlaksana. Itu merupakan kenyataan yang harus diterima lelaki berusia 34 tahun ini. Mengakui melalui fasa yang paling perit didalam hidupnya apabila perkahwinan yang dirancang terpaksa dibatalkan, Ezad Exist tetap merasa akan hikmahnya kini.
Meneruskan kehidupan dengan sisa kekuatan yang masih ada, lelaki ini percaya masih ada ruang untuknya mencari kebahagiaan. Menurut Ezad setelah setahun meletakkan kariernya di belakang, dia kini mahu memberi nafas baru buat dunia nyanyiannya.Menurut Ezad:
"Selepas putus tunang saya akui, saya melalui fasa yang menakutkan. Hidup saya kosong, tidak bermakna.
"Mungkin setelah empat tahun ditemani, bila berseorangan tanpa teman di sisi, ia agak lain. Apa yang boleh saya kata ia memang banyak memberi kesan kepada diri saya," katanya kepada Hits.
Ditanya sama ada dia bersedia untuk berkongsi punca keretakan hubungan dengan bekas tunang, Ezad memberitahu ia terlalu peribadi untuk diceritakan.
"Saya memang tidak mahu berkongsi mengenai hal ini. Cukuplah kalau saya katakan setiap yang berlaku melibatkan banyak pihak, maksud saya keluarga masing-masing. Jadi adalah lebih baik untuk saya menjaga hati mereka," katanya.Ezad juga menolak khabar angin yang mengatakan dia sebenarnya mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa membatalkan urusan perkahwinan, Ezad sekali lagi menegaskan itu bukan punca sebenar.
"Perkahwinan yang saya rancang ini, mengambil masa selama setahun. Jadi saya memang cukup bersedia melangkah ke alam perkahwinan.
"Duit bukanlah sebab utama mengapa kami berdua membatalkan perkahwinan kami, bukan itu, " katanya tegas.Meneruskan cerita, Ezad sempat berkongsi cara dia melupakan perkara yang menyakitkan ini. Menurutnya bagi mengelakkan dia terlalu berfikir, dia mengambil lebih peluang untuk pulang ke kampungnya di Alor Star, Kedah.
"Saya bukan tertekan sebab malu, tetapi kerana tidak percaya ini semua berlaku tanpa dijangka.
"Keluarga saya banyak membantu, malah beberapa bulan lepas juga saya banyak berada di kampung untuk bersama keluarga," katanya.Meneruskan kehidupan sendiri kini, Ezad bagaimanapun mengakui ia bukan sesuatu yang mudah untuk menguruskan kariernya sendiri.
"Seperti yang semua tahu bekas tunang merupakan pengurus saya sebelum ini,
"Namun selepas apa yang berlaku saya memilih untuk menguruskan diri saya sendiri. Dan ternyata ia bukan sesuatu yang mudah," katanya yang turut mengakui sudah tidak berhubung dengan bekas tunangnya itu.Percaya perkahwinan mampu melengkapkan kehidupannya sebagai lelaki, Ezad secara terbuka memberitahu dia kini bersedia untuk menerima orang baru didalam hidupnya.
"Prinsip saya kini kehidupan harus diteruskan.
"Dan saya memang sudah bersedia untuk berkahwin, cumanya jodoh belum sampai," katanya tersenyum.
0 Responses to Ezad putus tunang kerana masalah kewangan? Gosip Artis