Kali ni kita beralih kepada Haunebu III dan Haunebu IV pula..
Haunebu III Ostara
Haunebu ini diameternya berukuran 71 meter. Terbang pertama kali pada tahun 1945. Dibuat hanya satu unit sahaja. Mampu terbang dengan kelajuan antara 7000 sampai 41.000 km per jam. Kononnya, Haunebu ini mampu terbang sehingga 7-8 minggu. Dengan pengendalinya ialah Jeneral SS yang bernama Hans Kammler.
Haunebu III
Ia dikenali sebagai Ostara atau Easter. Ostara ialah Dewi dari kepercayaan kuno Jerman. Dewi yang berasal dari Timur, Sang Kelahiran kembali, dan Sang Fajar.
Spesifikasi Haunebu III
Haunebu IV
Haunebu IV sebenarnya tidak pernah dihasilkan. Hanya berupa rancangannya sahaja yang ada pada tahun 1946.
Plan Haunebu IV
Jika Haunebu IV berjaya direalisasikan, mungkin dalam kehidupan nyata bentuknya seperti yang diilustrasikan dibawah ini :
Lalu bagaimana dengan penampakan Haunebu?
Terus terang memang susah untuk mencari bukti lain tentang kewujudan Haunebu atau UFO lain buatan Jerman kecuali foto-foto yang telah disertakan diatas. Tapi, ada beberapa ulasan yang boleh dijadikan pautan lain mengenai kewujudan Haunebu selain foto:
Seperti yang tertulis pada laman web milik Robert Dale Arndt. Jr, sebuah laporan yang dikelasifikasikan sebagai Top Secret pada tahun 1959 dan akhirnya disiarkan pada pada tahun 1985, menyebutkan bahwa senator paling berpengaruh pada masa itu, Senator Richard Russell, mengaku berjumpa dengan benda berbertuk cakera, sedang terbang dengan kelajuan tinggi pada tarikh 4 Oktober 1955.
Ruben Efron mengatakan kepada CIA bahawa objek (UFO) meluncur di udara. Tidak ada sebarang bunyi kedengaran dan tidak ada pembuangan cahaya atau jejak terlihat oleh sayapnya.
Setelah pertemuan itu, Senator Russell mengatakan kepada para lelaki yang ikut bersamanya ketika melihat UFO-UFO tersebut dari kereta:
"aku terelihat disk terbang dan aku ingin kalian melihatnya sehingga aku mempunyai saksi"
Dan sebuah memo FBI, bertarikh 4 November 1955, juga membahaskan tentang penampakan UFO, dan mengakui kesaksian Kolonel Hathaway dan menyokong kewujudan disk terbang"
Namun tidak disebutkan apakah UFO yang mereka bertiga lihat adalah Haunebu atau bukan. Yang jelas, teknologi Amerika belum mencapai tahap sedemikian .
Kesimpulannya, bahawa kecuali Amerika, terdapat dua negara yang memiliki teknologi yang pelik dan rahsia. Dua negara tersebut adalah Jerman dan Rusia. Rusia menggunakan orang-orang Jerman dalam penciptakan UFO. Anda boleh meneliti kebenarannya dari sejarah UFO buatan Rudolf Schriever.
Lalu bagaimana pula dengan Amerika Syarikat(USA)?
Amerika mencipta Avro pada tahun 1953. Dan itupun didakwa oleh jurutera Jerman Georg Klein bahawasanya teknologi seperti yang dimiliki Avro, sudah dimiliki oleh Jerman sekian lama.
Jika misalkan pesawat pelik yang dilihat oleh Senator Russell adalah pesawat buatan Jerman, maka pesawat Jerman yang manakah yang dilihat? Apakah Haunebu, Vril, atau RFZ?
Beberapa bukti lain mengenai kewujudan pesawat dengan teknologi luarbiasa pada era Perang Dunia II pun juga ada dan banyak. Salah satu berita yang paling terkenal ialah Battle of Los Angeles. Peristiwa ini telah dijadikan filem oleh US pada tahun 2011. Rupanya filem ini diadaptasi daripada kisah benar.
Dibawah ini adalah trailer filem tersebut
Battle of Los Angeles terjadi pada bulan Februari tahun 1942. Siren tanda bahaya tiba-tiba berbunyi, sebuah pesawat besar dengan beberapa objek lain mendekati wilayah Los Angeles. Tidak kurang seribu empat ratus peluru ditembak, namun tidak ada satu pun yang mampu memusnahkan pesawat luar biase dan besar tersebut. Pada awalnya Jepun dianggap dalang disebalik itu semua. Namun Jepun menafikan dakwaan tersebut..
Well, apakah itu juga merupakan penampakkan dari teknologi perang Nazi UFO? Apakah penjelasan dari "mothership" tersebut memang penampakkan dari Haunebu? Ianya tetap kekal menjadi misteri sehingga saat ini.
Ataukah memang teknologi perang negara lain yang Amerika tidak mahu mengakuinya, lalu ia dijadikan filem dan dalam filem tersebut dibuat seolah olah bahawa manusia berperang dengan makhluk asing bagi mengelirukan orang awam dan bagi menyembunikan ego mereka..
Setelah kekalahan Jerman pada era Perang Dunia II, pemerintah Jerman memutuskan untuk membakar semua dokumen mengenai kecanggihan teknologi mereka. Namun, ternyata ada beberapa pereka atau perancang pesawat ketenteraan Jerman yang diambil oleh negara lain..
Jika Haunebu menggunakan Tachyonator untuk melayang dan EMG-nya, maka beza lagi dengan "rancangan" UFO yang diciptakan Rudolf Schriever.
Pada pesawat tersebut menggunakan tiga jet pada baling-baling, dan dua jet untuk pennyokongnya.
Roket-roket yang dilekatkan pada baling-baling digunakan untuk mempercepat putaran baling-baling sehingga mendorong pesawat ke atas. Sedangkan dua roket-roket yang ada pada bagian bawah pada samping kiri dan kanan, berguna untuk melesat kedepan. Berikut adalah sedikit ilustrasi cara kerja roket-roket pendorong tersebut bekerja.
Demikian juga untuk mekanisme Lazar Disc:
Jika dilihat dari gambar tersebut, maka kita akan mendapati "milimeter electronic waves" pada gambar diatas, sedangkan pada Haunebu disebut Mag Field Impulser. Mungkin dengan perangkat itu, Haunebu dan Lazar Disc ( Lazar Disc yang kemungkinan terinspirasi dari Haunebu) mampu bergerak dan berbelok kesana kemari. Mengkin perangkat tersebut mampu diarahkan sudutnya.
Jadi kesimpulan dari mekanisme UFO ialah, jika kita ingin menyelidik mekanisme UFO, UFO yang mana dulu yang akan diselediki mekanismanya, atau mekanisma UFO yang mana yang menggunakan sistem yang telah diselidiki. Sebab UFO berbentuk piringan atau cakera dan mempunyai banyak nama dan bentuk.
Sebuah pesawat yang berbentuk piring-pun kalau kita tidak tahu namanya atau namanya tidak pernah disebutkan di internet atau sumber informasi apapun, maka secara sedar atau tak sedar, kita akan menyebut pesawat tersebut sebagai UFO. Kenapa demikian, karena kita sudah diterapkan untuk menganggap pesawat-pesawat yang luar biase itu sebagai UFO dan buatan makhluk asing.
Wallahualam sekian..
0 Responses to UFO Sebenarnya Pesawat Ciptaan Nazi ?? part 3