Adakah replika istana Melaka ini menepati senibina asalnya?
Salam  para pembaca semua,kali ini saya  akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota Melaka pada zaman  kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah  diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh  dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan  Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun  ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya  dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya  kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang  ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam. 
Lakaran  menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis.  Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam  ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam  lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan  oleh tentera Acheh.
Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506  hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka  untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan  kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa  oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah  tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan.  Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan  pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan  seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di  Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada  tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah  menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De  Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia  membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan  fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri  keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara  Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat  tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja  sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan.  Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat  diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek  pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum  Islam.
Maklumat yang diperolehi  daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga  menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang  sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran  yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis.  Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini  cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana  lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu  tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan  orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan  negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang  dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan  pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.
Lakaran portugis juga turut  merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis  dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam  daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan  orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam.  Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka.  Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah banggunan yang  mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau  mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang  berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan  mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah  istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota  pelabuhan Melaka. 
Lakaran  diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota  Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja  askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin  juga askar upahan.
Jika  anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis  ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan  bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta  mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid  Melaka yang sebenar?
Peristiwa peperangan Melaka juga  ada dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran  tersebut menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar  Melaka dan juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar  mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan  gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat  pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk  melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia  untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka.  Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang  Melayu lebih bersifat bertahan. Berdasarkan lakaran tersebut juga kita  dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis  menggunakan lebing panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala  orang Melayu mengunakan lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang  menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka  yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan  laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan  yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut  tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah  Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.
Lakaran  menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka.  Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan  kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran  pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan  peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini  adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.
Terdapat sebuah lagi lakaran  yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan  di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De  Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran  tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini  beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang menjadi  salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke  istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga  memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan  Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh.  Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan  tembok adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan  Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana  Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana  asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan  tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan  kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersenut juga memperlihatkan  pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka  membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai  pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain  bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana  Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang  menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas  balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.

Lakaran  menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan  disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk  melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam  Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan  Melaka.
Maka para-pembaca sekalian,  sekarang telah terjawab mungkin suku daripada persoalan-persoalan  tentang kehebatan kota Melaka yang sering digembar-gemburkan dalam  catatan-catatan pengembara luar dan dalam. Kita juga dapat melihat  secara lebih terperinci bagaimana pesat dan membangunnya Bandar Melaka  dan system pertahanannya daripada lakaran yang telah saya paparkan.  Semoga ia member manafaat kepada anda semua. Wallah hu a’lam.





 
0 Responses to KOTA MELAKA YANG SEBENAR