Perubahan wajah penyanyi Salwa Razak yang dilihat berbeza berbanding ketika di awal kemunculannya pada 2010 tidak ada kena mengena dengan suntikan botoks seperti yang didakwa beberapa pihak.
Salwa yang sebelum ini menggunakan nama Aurora Salwa, 28, berkata, tidak berani untuk menggunakan botoks mahupun pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan cantik.
"Diakui saya menggunakan vitamin C, kolagen dan glutation iaitu sejenis keperluan tambahan untuk mencantikkan wajah.
"Tetapi saya tidak berani mengubah wajah dengan cara pembedahan plastik atau botoks.
"Cukuplah dengan beberapa jenis makanan tambahan yang diambil untuk menjaga kesihatan kulit," katanya.Salwa ditemui pada majlis pelancaran single lagu terbaharunya, Hidup Baru di bawah syarikat pengurusan baharu iaitu JJ Partner's Solution Sdn. Bhd. di Hard Rock Cafe, di sini, Khamis.
Salwa Razak |
Beritahu Salwa yang pernah popular menerusi lagu Ahmad, Hidup Baru merupakan sebuah lagu yang menampilkan perubahan dirinya yang lebih matang.
"Hidup Baru merupakan single ketiga saya selepas Kau Tak Menarik Lagi. Ia juga menunjukkan transformasi diri menjadi lebih matang daripada segi muzik, kehidupan serta penampilan imej saya," ujarnya.Dalam pada itu penyanyi ini berkata dia juga gembira apabila JJ Partner's turut memberi tunjuk ajar daripada segi imej dan komunikasi media untuk menonjolkan diri serta menguatkan lagi kedudukannya sebagai penyanyi.
Sementara itu, menerusi lagu baharunya itu juga, Salwa ingin memberikan aura baharu kepada peminat-peminatnya tanpa 'dicalit' isu-isu kontroversi yang pernah dilaluinya dahulu.
"Saya mahu para peminat tidak pandang kontroversi yang telah lalu. Sebab itu saya ubah nama Aurora kepada Salwa Razak.
"Ini kerana apabila kita cari nama Aurora di Internet, macam-macam cerita buruk yang keluar. Jadi apabila guna nama Salwa, ia diibaratkan seperti satu jenama baru dalam industri muzik tempatan," katanya.
0 Responses to Salwa Razak Tidak Lakukan Suntikan Botoks