Ingat tak semua dulu, pelakon yang sedang meningkat naik ni pernah memeberitahu bahawa dia dan Hans Isaac hanya sahaja. Namun begitu, baru-baru ni masa hari jadi Neelofa, dia telah membuat pengakuan bahawa dia terima sahaja jika jodohnya adalah Hans Isaac. Baguslah kalau macam tu Lofa. Lepas ni tak ada la pula orang nak gosipkan awak dengan Hans.
Hanya satu doa ibu selebriti Neelofa, Noor Kartini Nor Mohamad. Dia mahukan seorang lelaki beriman dan soleh untuk menjadi pemimpin dunia dan akhirat buat pengacara Meletop yang dikatakan sedang intim dengan pelakon dan penerbit Hans Isaac itu.
|
Sambutan hari jadi Neelofa baru-baru ni |
"Sekali sahaja jika Tuhan hendak buka pintu hatinya, walau sesiapa pun, orang bukan Islam pun akan boleh berubah sekelip mata menjadi lebih soleh dan beriman daripada orang Islam yang sudah lama beragama Islam. Iman itu subjektif," jelas Neelofa bersahaja berhubung kenyataan ibunya yang berharap agar dirinya bertemu lelaki yang beriman sebagai calon suami.
Kata Neelofa juga, dia yakin dan percaya kepada kuasa jodoh. Masa depan juga bukan hak mutlak seseorang manusia.
"Pada saya kalau sudah ditakdirkan berkahwin dengan Hans Isaac, maka kahwinlah kami tapi kalau bukan dia jodoh saya, saya mungkin kahwin dengan orang lain," kata Neelofa membayangkan kedudukan istimewa Hans kini sebagai lelaki yang sedang bertapak di hatinya.
Ibunya yang lebih selesa membahasakan diri sebagai mama dalam kalangan media juga tidak betah jika Neelofa hendak berkahwin dalam usia muda. Siapa pun pilihan anaknya itu, dia tidak akan menghalang kerana bagi Kartini soal hati dan perasaan seseorang tidak boleh dipaksa.
|
Neelofa dan Hans Isaac semakin intim |
"Saya jaga Neelofa dari hari pertama dia dilahirkan sehinggalah sekarang umurnya 24 tahun. Dia pun kata nak kahwin pada umur 27 tahun. Saya dulu kahwin selepas habis sekolah menengah dan perkahwinan pertama saya itu awalnya tidak mendapat persetujuan daripada keluarga, tapi lama-lama kami diterima," kata Kartini kepada media semasa ditemui pada majlis kejutan hari lahir Neelofa di Kota Damansara, Petaling Jaya Khamis lalu.
Senyuman seperti tidak mahu lekang daripada bibir Neelofa. Mata bundarnya bersinar-sinar dan ketawanya girang dari awal hinggalah majlis tamat bersurai kira-kira pukul 12 tengah malam itu. Tiga hari sebelum genap 24 tahun hari ini, dia diberikan satu kejutan oleh peminat, keluarga, penaja termasuklah media dalam satu majlis hari jadi yang sangat terancang ilham pengurus peribadinya, Shawn Amer.
"Saya benar-benar terkejut. Ini kejutan hari lahir yang sangat menjadi dan sungguh terancang. Saya diberitahu bahawa malam ini (Khamis), saya ada makan malam bersama sebuah syarikat petroleum," kata Neelofa ceria.
Menyambung harapannya sempena usia baharu dalam hidup, kata Neelofa dia mahu fokus kepada bisnes dan karier sebelum berfikir tentang jodoh.
"Saya malas hendak cakap pasal kahwin, saya akan kahwin tapi mungkin tiga atau empat tahun lagi. Sekarang saya mahu fokus kepada produk BellaVita, banyak pelaburan yang dibuat untuk produk berkenaan dan banyak lagi yang harus diusahakan. Tapi tak bermakna saya nak ketepikan karier seni. Bulan April nanti saya akan masuk lokasi drama bersiri Azura. Ada juga dua buah filem yang sudah saya setuju iaitu Gengster Superstar dan Pilot Cafe," kata Neelofa yang kini bercuti di Singapura bersama keluarganya.
0 Responses to Neelofa terima Hans jika ada jodoh - Gosip Artis