Apek dan Leuniey merancang buka bisnes kecantikan - Gosip Selebriti Terkini

Google Adsense Code Here/Ad


Dah lama OGA  tak dengar cerita Apek dan Leuniey ni. Dengar khabar mereka berdua nak buka bisnes kecantikan. Betul ke? kalau betul, tahniah la buat mereka. Rezeki kahwin dikatakan.

Penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar yang baru melangkah ke alam perkahwinan akhir Disember lalu merancang untuk mengusahakan bisnes penjagaan kulit dan kecantikan.

Nur Eilunie Natasha atau Leuniey, 21, yang merupakan model dan pengusaha butik berkata, dia dan suaminya yang juga dikenali sebagai Apek, 23, merancang untuk menjalankan perniagaan dalam bidang tersebut kerana mereka berkongsi minat yang sama.


Apek dan Leuniey
Apek dan Leuniey
“Saya suka cantik dan perkara kecantikan, Apek juga serupa dan dia sangat mementingkan penampilan dari kaki sampai ke rambut. Jadi, kami merancang untuk buat bisnes bersama dalam bidang ini untuk bekalan masa tua kelak.
“Setakat ini ia cuma perancangan dan kami masih berbincang dengan keluarga. Kalau jadi, kami harap ia dapat direalisasikan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ditanya sama ada bisnes tersebut melibatkan pengeluaran produk atau perkhidmatan kecantikan, Leuniey berkata, ia masih dalam perbincangan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hasrat mereka untuk berbulan madu, Leuniey berkata, buat masa ini mereka perlu ‘melupakan sementara’ rancangan tersebut kerana kedua-dua mereka masih sibuk dengan karier masing-masing.
“Rancangan itu ada tapi perlu diketepikan sementara kerana belum berpeluang lagi. Saya juga mahu Apek fokus dalam kerjayanya dulu. Kalau ada cuti pun dalam dua tiga hari sahaja, ia sebaiknya digunakan untuk rehat dan fokus tentang perlawanan seterusnya.
“Lebih sebulan melayari bahtera rumah tangga, saya rasa bahagia dan merasakan hidup kini lebih lengkap tetapi saya merasakan kami masih dalam fasa ‘percintaan’ kerana tidak mempunyai banyak masa bercinta sebelum kahwin dahulu,” katanya.
Leuniey juga memberitahu, buat masa ini, belum ada lagi tanda-tanda mereka akan menimang cahaya mata.
“Belum ada rezeki lagi tapi kami berdua memang suka akan kanak-kanak,” katanya.




What Next?
Link To This Page:


Link To Home Page:



Subscribe to Addicted Online or subscribe in as a reader

0 Responses to Apek dan Leuniey merancang buka bisnes kecantikan - Gosip Selebriti Terkini

Post a Comment

Follow Addicted-Online

Advertisement

Recent Posts

Subscription