Brigade Of Gurkha - Dilahirkan Untuk Berperang

Google Adsense Code Here/Ad

Brigade Of Gurkha - Dilahirkan Untuk Berperang

Thursday, 21 November 2013 | Tags:
Digg it | Stumble it | Save to Del.ico.us





Gurkha sebenarnya bukanlah Special Force, namun mereka dikenali dengan reputasinya yang sangat menakutkan. Ada 2 suku di Nepal yang dikenali masyarakat luas, yaitu Sherpa yang dikenali sebagai suku pendaki / pemandu di Himalaya, satu lagi Gurkha, yang gemar berperang.

Semasa zaman kolonial british,terjadi Perang di Nepal,Inggris begitu kagum atas kegigihan mereka.Gurkha kemudian direkrut untuk bekerja dengan East India Company di India dan British Army.Gurkha terkenal dengan kemampuan berperangnya yang alami,agresif di medan pertempuran,tidak takut mati,kesetiaan yang tinggi, tahan dalam pelbagai medan perang dan cuaca, fizik yang kuat dan bekerja keras.

Sehingga Gurkha begitu disegani oleh kawan, ditakuti oleh lawan.Semulanya mereka menjadi tentera bayaran (mercenaries), akhirnya kemudian masuk dalam pasukan British Army yang digaji seperti tentera Inggris sendiri atau legiun asing pada umumnya. Mereka mempunyai unit sendiri dengan nama Brigade of Gurkha sebagai salah satu bagian dari angkatan bersenjata Inggris.




Dibentuk sejak tahun 1815, Pasukan Gurkha telah terlibat dalam pelbagai medan pertempuran bersama Inggris. Ketika berkecamuk Perang Dunia I sebanyak 100.000 tentera Gurkha masuk dalam Brigade of Gurkha.Mereka ikut bertempur di perang Perancis, Mesopotamia, Persia, Mesir, Gallipoli, Palestin dan Salonika.

Mereka mendapat 2 penghargaan Victoria Crosses.Pada Perang Dunia ke2 sebanyak 112.000 tentara Gurkha bersama Pasukan Commonwealth bahu membahu dalam perang di Suria, Afrika Utara, Itali,Yunani sampai Malaysia dan Singapura, mereka mendapat 10 Victoria Crosses.

Seiring dengan pengalaman tempurnya yang mengunung, Gurkha menjelma menjadi kekuatan yang mengerikan, bahkan melebihi pasukan elit sekalipun.Semasa berkecamuk perang Malvinas (Falkland War, 1982), dalam suatu front pertempuran, Inggris mempropagandakan kepada pihak musuh Argentina akan menyertakan 1 batalion Gurkha-nya.

Mendengar itu tentera Argentina lari tunggang langgang meninggalkan pos-pos pertempuran mereka.Sewaktu Perang Dunia ke2 di front pertempuran Tunisia (Afrika Utara), pasukan Gurkha sudah kehabisan peluru,kemudian mereka membuang senapang-senapang, berlarian naik ke atas tank-tank Jerman di tengah-tengah hujan peluru dan menggorok leher tentera Jerman dengan senjata tradisional mereka, khukri.







Khukri adalah sejenis pisau yang berbentuk unik sedikit melengkung mengarah ke depan. Di reka khas sedemikian rupa, sehingga dapat menebas leher musuh dengan sekali tebas.Ada sedikit cerita mengenai khukri, sekali khukri dihunus dari sarungnya pantang tidak meminum darah.

Itulah sebabnya tentara Gurkha ketika habis mengasah / membersihkan khukri selalu menghiris jari tangannya.Ketika ini bukan hanya Inggris sahaja yang merekrut Gurkha dalam angkatan pasukannya, Singapura, India, Malaysia, Brunei, Hongkong (sebelum penyerahan ke china) tercatat menggunakan khidmat Gurkha dalam kesatuan angkatan bersenjata mereka. Bahkan di Brunei, Gurkha berkhidmat sebagai Special Force Penjaga Sultan Brunei.





What Next?
Link To This Page:


Link To Home Page:



Subscribe to Addicted Online or subscribe in as a reader

0 Responses to Brigade Of Gurkha - Dilahirkan Untuk Berperang

Post a Comment

Follow Addicted-Online

Advertisement

Recent Posts

Subscription