Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati Part 1

Google Adsense Code Here/Ad

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati Part 1

Friday 2 August 2013 | Tags:
Digg it | Stumble it | Save to Del.ico.us


Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ……. Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati.  Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.  Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s  dari api yang panas bersemarak itu.
“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70
Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang.  Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir.  Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman  bin Daud dan ZulQarnain.  Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Subhanallah, penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden ini.  Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.
Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab.  Contoh kata  ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah  ”Ridda” yang  bermaksud  ”murtad”.
Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud.  Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq).  Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Blue_Room_Christmas_treeDari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natalyang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.
tammuzWalaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud.   Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’.  Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’.  Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon.  Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak  itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud.  Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah  Semiramis dengan Namrud;
ancient goddess
Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat.   Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.
semiramis in coinSemiramis dalam duit syiling lama
illuminati_libertyStatue of Liberty
Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini.  Statue of Liberty  bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam.  Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.



What Next?
Link To This Page:


Link To Home Page:



Subscribe to Addicted Online or subscribe in as a reader

0 Responses to Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati Part 1

Post a Comment

Follow Addicted-Online

Advertisement

Recent Posts

Subscription