

Saya amat pasti bahawa ramai diantara anak-anak muda di luar sana tidak mengetahui malahan tidak pernah mendengar langsung mengenai Rentaka, atau disebut Lantakas dalam bahasa inggerisnya. Namun demikian senjata Melayu yang satu ini mempunyai sejarah yang panjang dalam perjuangan melawan penjajah bangsa. Boleh dikatakan Selain keris, Rentaka adalah salah satu jenis senjata bangsa kita yang paling terkenal di kalangan orang barat sejak awal kedatangan mereka lagi.
Kebiasaannya  rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara  50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter  kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor  Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor  Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah  Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni  meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya  mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan  larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak  pucuk rebung. 
Apa yang unik mengenai  senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama  didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya  dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan  di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza  dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak  mudah dialihkan. Ciri mudah alih rentaka juga menyebabkan bidikannya  lebih mudah untuk kena pada sasaran. 
Pahlawan  Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai  pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka  sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika  mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat  takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata,  rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian  terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei  juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai  pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan  daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah  berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan  Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan  Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan  senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman  para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan  mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan  persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka  di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan  rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
SUMBER
SUMBER

 
0 Responses to Senjata Melayu Silam (Rentaka)