Mongolia adalah sebuah negara di sebelah utara Cina yang bersempadan dengan wilayah Siberia Rusia, hampir 80% wilayah Mongolia adalah Gurun Gobi, yaitu sebuah bentangan tanah luas yang kurang pepohonan. Pernah melihat film berjudul Baby yang salah satu adegannya juga meliputi kehidupan bayi di Mongolia yang bernama Bayar, ya itulah sekilas pandang tentang penduduk Mongolia yang rumahnya seperti sebuah khemah.
Menurut ilmu Antropologi Mongolia termasuk ras Mongoloid, yang tersebar di Asia Timur, Asia Tenggara, Amerika, dan Kutub Utara.
Harun Yahya membuat salasilah Bangsa Mongol, menurutnya Bangsa Mongol adalah keturunan dari Maghuh bin Yafits ( anak sulung Nabi Nuh As ), yang mempunyai banyak anak salah satunya adalah Shin bin Maghuh yang menurunkan Bangsa Cina, Korea dan Jepun.
Beberapa keturunan Maghuh bin Yafits menurunkan berbagai bangsa seperti bangsa Melayu ( Malaysia dan Indonesia), Indian di Amerika dan Eskimo di Kutub Utara. dan keturunan lain menurunkan bangsa Ya’juj Ma’juj yang akan keluar di akhir zaman, ternyata kita talian persaudaraan dengan bangsa Ya’juj Ma’juj.
SEJARAH MONGOLIA, BANGSA PEROSAK DAN PENGHANCUR
Mungkin tidak ramai yang tahu seperti apa Negara Mongolia yang beribu kota di Ulan Bator ketika ini, kerana peranan negara ini di kancah antarabangsa ketika ini adalah sangatlah minimum.
Namun itu sekarang, tetapi cuba kita tengok 8 abad yang lalu , secara tepatnya pada abad ke 13, siapa yang menyangka ketika itu pada tahun 1174 lahir seorang anak dari bangsa Mongol yang bernama Temujin. Setelah dewasa Temujin berjaya menyatukan seluruh suku-suku yang ada di Mongolia dalam satu pemerintahan yang diperintah olehnya, dia kemudian diberi gelar nama iaitu Genghis Khan pada tahun 1206.
Genghis Khan tidak berpuas hati dengan itu semua, pernyatuan bangsa Mongol hanyalah permulaan, tujuan utamanya adalah menguasai dunia, kemudian mulailah ekspidisi penaklukkan besar-besaran bangsa Mongol.
Negeri Cina yang pertama menjadi korban kerakusan Genghis Khan, seluruh daratan Cina berjaya dikuasai tentera Mongol yang dipimpin Genghis Khan, dan menumbangkan Dinasti Song dan disempurnakan oleh cucunya Kublai Khan tahun 1279, serta mendirikan Dinasti Yuan tahun itu juga. Tentera Mongol bergerak ke arah timur menakluki Manchuria ( Semenanjung Korea ),seterusnya Jepun.
Kemudian bergerak ke arah selatan menakluk kerajaan Yunan, Myanmar, dan terus melaju ke selatan menyerang pusat Kerajaan Singasari di Jawa Timur, namun hanya sebentar, kerana Raden Wijaya berjaya mengusir tentara Mongol ( Tartar ) dari Nusantara...
Di bawah kepemimpinan Hulaku Khan, pasukan Mongol bergerak ke arah barat, membantai rakyat negeri-negeri yang dilaluinya, terus menguasai India, Afganistan, dan bergerak terus mengalahkan Kesultanan Khurasan, dan Persia.
Kaum muslim yang pada ketika itu sedang dalam keadaan berpecah belah akibat tidak tunduk sepenuhnya pada Pemerintahan Khilafah Islam di Baghdad, tidak mampu membendung serangan bangsa Mongol yang sangat bengis. Bahkan penduduk kota Herat di Afganistan hanya tinggal sembilan orang saja yang masih bertahan hidup, seperti yang dikatakan oleh sejarahwan Mike Edward di National Geographic.
--> Tahun 1258, Hulako Khan berjaya menumbangkan pemerintahan Khilafah Bani Abasiyah di Baghdad, membantai jutaan kaum muslim di sana, hanya beberapa saja yang selamat dari kekejaman tentera Barbar Mongol ( Tar tar), selain menghancurkan kota Baghdad, tentera Mongol juga membakar dan membuang buku-buku ilmu pengetahuan yang berada di perpustakaan Baghdad, ketika itu banyak koleksi berharga ilmu pengetahuan hilang begitu saja.
Serangan bangsa Mongol digambarkan oleh Ibnu Taimiyah sebagai kengerian yang luar biasa, dan sukar diterima akal manusia. Ibnu Taimiyah adalah salah seorang yang selamat dari serangan tentara Mongol, beliau dan keluarganya berjaya melarikan diri ke Mesir.
Pasukan Mongol terus bergerak ke arah Palestin, namun dihalang oleh tentara Mamluk dari Bani Mamalik yang dipimpin Muzafar Al Qutus di Ain Jalut, bersama Ibnu Taimiyah, Al Qutus berjaya menghalang dan menggagalkan serangan Mongol ke Palestin dan Mesir.
Pasukan Mongol berhenti menyerang kaum muslim setelah kalah teruk di Ain Jalut. Namun di sisi lain arah tenggara mereka terus melakukan serangan ke Eropah, mengalahkan kerajaan Rusia, terus bergerak menguasai Eropah Timur, mengalahkan bangsa Viking di Swedia, tentera-tentera Eropah tumbang setelah kalah melawan tentera berkuda Mongol yang lebih pendek dan kecil namun sangat aggresif, sehingga seluruh Eropah Timur dikuasai Mongol.
0 Responses to Sejarah Pengislaman Bangsa Monggul Part 1