Terdapat pihak tertentu yang  mempercayai burung cenderawasih kononnya berasal dari kayangan…malah ia  tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi sepanjang hidupnya melainkan untuk  mati. Pelbagai cerita mistik dan misteri diceritakan mengenai  cenderawasih dan ia disebarkan menerusi lisan sehingga ramai berasa  taksub apabila mendengar keajaiban burung tersebut.
Lebih membingungkan adalah  bangkai burung itu dipercayai tidak akan reput…malah bulu pelepahnya  dapat dijadikan pelaris menyebabkan ramai pihak sanggup membayar ribuan  ringgit untuk memdapatkan bangkai hidupan itu…malah burung phoenix yang  tertera dalam lagenda China dan Bird of Paradise dalam masyarakat juga  dipercayai sebagai burung cenderawasih. Ada yang mempercayai bahawa  burung tersebut bukan berasal dari alam dunia ini…malah memiliki  pelbagai khasiat…sudah melewati zaman berzaman tetapi persoalannya…betul  ke?
Misteri burung cenderawasih  dipercayai mula wujud dalam kepercayaan bangsa melayu selepas  diceritakan dalam sebuah kitab kuno Tajul Muluk. Nak jadi  cerita…berpandukan kitab kuno tersebut…satu artikel mengenai keajaiban  burung cenderawasih mula tersebar meluas ke seluruh negara majalah,  surat, dan flyers…tidak dapat dipastikan siapekah penulis asal artikel  tersebut…tetapi infonye berbunyi seperti berikut :
“Sahibul hikayat diriwayatkan  Kitab Tajul Muluk…mengisahkan seekor burung bergelar cenderawasih. Ada  pun asal usulnya bermula dari kayangan. Amatlah jarang sekali orang  memiliki cenderawasih kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi.  Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab melayu lama sekiranya cenderawasih  turun ke bumi nescaya berakhirlah hayatnya. Ia akan mati sekiranya  menjejak kaki ke bumi.”
“Namun yang peliknye  cenderawasih tidak reput seperti bangkai binatang lain kerana ia  dikatakan hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar  digambarkan. Cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati  dalam keadaan terbang, istirehat dan tidur.” “Burung ini terkenal di  nusantara dengan panggilan cenderawasihbagi masyarakat cina pula…in  dipanggil Phoenix dan penduduk eropah mengenalinye sebagai Bird of  Paradise.”
“Dinyatakan lagi bahawa  cenderawasih memiliki pelbagai kelebihan…seluruh badanya termasuk isi  perut dan bulunye mempunyai khasiat misteri dan kebanyakanya digunakan  untuk perubatan.” “Namun…ramai memburunye kerana ‘tuah’ cenderawasih  digunekan sebagai pelaris. Mengikut mereka yang ditemui memakainya  menyatakan bulu cenderawasih ini pelaris paling besar…hanya orang yang  memilikinya yang akan tahu akan kelebihanya.”
Teori
Setelah  mendengar kisah2 misteri seperti diatas…penyelidik mula melakukan  kajian bagi merungkai segala khabar angin seperti diatas…selepas beberapa lame  melakukan kajian…didapati hampir semua dakwaan seperti diatas adalah  auta dan tidak berasas.
Dakwaan kononya cenderawasih berasal  dari kayangan dan hanya turun ke dunia untuk mati sebenarnya tidak  betul..kerana burung tersebut memang wujud didunia ni…kajian penyelidik  mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di  Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku.  Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari  spesies Paradise Apoda tahun 2001.
Kajian juga mendapati  cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeza mengikut  beberapa ciri…antaranya saiz dan warna bulunya…spesies cenderawasih  paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakala paling kecik 16  sentimeter panjang.
Cenderawasih jantan didapati  lebih cantik kerana memiliki warna bulu yang lebih menarik dan  kembang…mereka juga akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat  burng betina dalam tempoh mengawan…ia mampu bertelur antara 1 hingga 3  biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari.
Dakwaan bahawa cenderawasih  memakan embun syurga juge didapati auta! kerana burung itu hidup dengan  memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Dakwaan mengatakan  cenderawasih yang mati tidak reput pun auta!!!! gak kerana bangkai  haiwan itu didapati diawet sebelum dipamerkan dimana-mana pameran.
Justeru macam mane kisah dongeng ini bermula??
Ia  berlaku sekitar abad ke 18 dan 19…iaitu ketika zaman penjajahan British  dibeberapa pelusuk dunia…bangsa barat itu tiba disuatu kawasan dan  mendapati masyarakat peribuminye memakai hiasan kepala yang cantik dan  menarik…hiasan kepala itu diperbuat daripada bulu cenderawasih  jantan…lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknya…maka  masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah seekor cenderawasih  yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepada penjajah British…kaki  burung tersebut turut dipotong.
Selepas beberape lama…penjajah  British itu hairan melihat burung tersebut kerana mendapati bangkai  burung itu tidak langsung mereput…maka mereka mule menganggap bahawa  burung itu ajaib dan berasal dari kayangan..seterusnya…fahaman sonsang  barat itu merebak ke tanah melayu. Macam mana pulak dakwaan bahawa  burung cenderawasih mampu menjadi pelaris dan membawa keuntungan  berlipat kali ganda??
Bangkai burung itu mungkin  digunakan dalam amalan sihir untuk dijadikan pelaris…sebab barang  bernajis dan haram termasuk bangkai haiwan turut dijadikan antara bahan  dalam upacara kurafat tersebut…hakikatnya perniagaan dan usaha itu  menjadi laris bukan berpunca dari tuah burung cenderawasih tetapi akibat  bantuan jin dan syaitan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.
Walaubagaimanapun hanya Allah yang mengetahui semuanya.


 
0 Responses to Misteri Burung Cenderawasih Hanya Dongeng ??