Sebelum ini tersiar di beberapa laman sesawang mengenai kisah suami kepada pelakon Rita Rudaini yang melarang dirinya berlakon bersama-sama dengan aktor yang berasal dari Singapura.
Kesempatan bertemu dengan jejaka idaman Malaya yang berasal dari Singapura, Adiputra di Pelancaran filem Langgar semalam dapat menjawab segala teka teki yang bermain di fikiran orang ramai.
Menurut Adi, dia sendiri tidak tahu mengenai perkara ini dan anggap kisah rumah tangga mereka adalah sangat peribadi dan tiada hak untuk mengulas lebih lanjut.
“Sejujurnya saya tidak tahu langsung mengenai perkara ini dan kalau boleh saya tidak mahu ada mengena dengan perkara ini kerana masalah ini adalah masalah mereka berdua. Saya hanya berkarya dan tidak lebih dari itu”
“Cuma satu hal yang ingin saya cakapkan ialah sekiranya suami tidak suka anda melakukan sesuatu perkara yang dia tidak gemari, anda haruslah akur kerana suami ialah khalifah dan pembimbing dalam kehidupan bekeluarga,” katanya ringkas.Mengenai filem Langgar arahan pertama pengarah dan juga penyanyi Sein, Adiputra diberi tanggungjawab untuk menggalas watak utama dalam filem ini dan dijangka filem ini akan memberikan perbezaan dari filem-filem gangster yang pernah ditayangkan di Malaysia.
Pelakon Adi Putra |
0 Responses to 'Saya tidak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan Rita' - Adi Putra