Sejarah The Great Bombard Sultan Mehmed

Google Adsense Code Here/Ad

Sejarah The Great Bombard Sultan Mehmed

Friday 1 March 2013 | Tags:
Digg it | Stumble it | Save to Del.ico.us



The Great Bombard, senjata tercanggih Umat Islam pada abad ke 15

Tentera Kaum Muslimin adalah salah satu pasukan yang paling disegani sepanjang sejarah peperangan dunia. Bukan hanya dikenal dengan keberaniannya, tetapi juga dikenal dengan strategi perangnya, dan inovasi persenjataan. Misalnya penemuan Bubuk Mesiu (Gun Powder) pada abad ke-12 oleh para ilmuwan Islam. Dan tentu saja yang membuat bangsa Eropa terpukau adalah, kewajiban sholat yang masih dijalankan oleh pasukan kaum muslimin disaat jeda antara peperangan. 

Selain penemuan teknologi-teknologi ketenteraan lainnya, salah satunya yang termasyur adalah Meriam Raksasa dari zaman Turki Ustmani, atau lebih dikenal dengan sebutan The Great Bombard. Ini adalah teknologi artileri paling maju dan paling kuat pada zamannya itu.


Bagi para penggemar game RTS (Real Time Strategy) seperti Age of Empire, Rise of Nations, dsb. tentunya sudah tidak asing lagi mendengar salah satu senjata artileri paling ampuh di abad ke 15 hingga abad 18 ini. Meriam Raksasa Legenda ini digunakan oleh Kerajaan Turki Ustmani untuk merampas  kembali Kota Konstantinopel pada tahun 1453 dari tangan tentera Salib (Crussaders).


Artileri super berat ini sebenarnya bernama “The Great Turkish Bombard” atau juga dikenal dengan nama “Dardanella Gun”, kerana dipakai dalam perang melawan Kerajaan Britain di selat Dardanella pada tahun 1807. Bangsa-bangsa di Eropah  juga mengenalinya dengan sebutan “Muhammad Gun”. Hanya mendengar namanya saja para jeneral dan tentera eropah pada masa itu terasa amat gerun



Senjata ini memiliki nama yang setara dengan kemampuannya. Dirancang pertama kali pada tahun 1450 oleh seorang jurutera bernama Munir Ali. Dengan panjang 518 cm (kaliber 8,2) dan berat 18,6 ton, senjata ini terdiri dari dua bahagian iaitu bahagian laras yang digunakan untuk menembakkan peluru yang dibuat dari bebola granit raksasa dengan bobot sebesar 300 Kg hingga 1600 Kg, dan bahagian selongsong yang dapat menampung 7 bola granit raksasa atau 15 bola granit ukuran kecil. Karena itulah dalam sehari meriam ini hanya bisa menembakkan paling maksimum  15 kali. Jangkauan tembak The Great Bombard sangatlah luar biasa pada saat itu, iaitu dapat menjapai jarak satu batu!

The Great Bombard dibuat dari campuran logam  yang berkualiti terbaik dan ditempa oleh para tukang besi terbaik saat itu, dan yang membuat meriam ini berbeza daripada meriam-meriam lainnya adalah ukiran seni yang mengandung unsur kebudayaan Islam pada masa itu. Untuk menembakkan satu kali saja konon memerlukan banyak sekali Gun Powder.


Bubuk Mesiu atau Gun Powder


Peluru-peluru raksasa Great Bombard yang beratnya mencapai 1600 Kilogram!


The Great Bombard juga ditempatkan di benteng pertahanan, baik yang ada di darat mahupun di daerah pantai. Selain digunakan sebagai artileri darat, The Great Bombard juga dipasangkan pada kapal-kapal perang turki, seperti jenis kapal galleon dan monitor. Dalam Pertempuran Dardanella, meriam itu mampu menenggelamkan enam kapal Sir John Ducksworth. Jangkauan meriam ini pun mampu melintasi selat sejauh satu batu.


Posisi The Great Bombard pada Kapal Perang


Kapal-kapal angkatan laut Turki Ustmani yang sedang menggempur kapal musuh


Suasana peperangan di atas kapal. Sultan Muhammad II memimpin peperangan.

Pada tahun 1866, Sultan Abdul Aziz memberikan salah satu The Great Bombard yang digunakan pada perang Dardanella untuk Ratu Victoria semasa kunjungannya ke Britain. Dan kini The Great Bombard atau Dardanella Gun tersebut dapat dilihat di Fort Nelson, Portsmouth, Britain. Senjata legenda itu kini telah menjadi sebahagian daripada  koleksi paling berhaga Royal Armouries Kerajaan britain.


The Great Bombard yang terdapat di Royal Armouries Fort Nelson


The Great Bombard yang terdapat di Royal Armouries Fort Nelson


Royal Armouries di Fort Nelson, The British Empire





What Next?
Link To This Page:


Link To Home Page:



Subscribe to Addicted Online or subscribe in as a reader

0 Responses to Sejarah The Great Bombard Sultan Mehmed

Post a Comment

Follow Addicted-Online

Advertisement

Recent Posts

Subscription