Misteri Bahtera Nuh Bahagian 2..

Google Adsense Code Here/Ad

Misteri Bahtera Nuh Bahagian 2..

Sunday 3 March 2013 | Tags:
Digg it | Stumble it | Save to Del.ico.us






Puncak gunung yg setinggi 17,000 kaki yg ditutupi dgn airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yg tidak menentu.Di situ angin bertiup kencang,suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yg diikuti angin,hujan dan salji.Angin yg bertiup biasanya 100 batu/jam.Pada suatu malam saya pernah alami..suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. 
Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi,gas yg keluar dari gunung itu ialah gas beracun yg boleh mendatangkan masalah utk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dlm keadaan susah utk bernafas. 

Puak2 yg tinggal berdekatan dgn gunung juga turut memberikan banyak masalah kpd kami,kami telah ditembak beberapa kali,oleh perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sbg tempat persembunyian dalam pertelingkahan dgn kerajaan Turkey dan Timur Tengah. 

Kumpulan kami tidak ada yg terkorban tapi kami menghadapi banyak 
masalah dan cedera parah. Ramai org telah terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark. 

Pengalaman yg paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat.Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu utk mencari The Great Noah Ark. 


Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung.Ia adalah sebuah gunung yg unik.Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah,pada setiap hari kan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu...



Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini.Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey. 


Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia,Iran,Turkey". 

Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.Kalau korang tengok CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr'jaan Turkey. 

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki.Ketulan2 
air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan 'terpeleot' jatuh ke dalam jurang Ahora..






Noah Ark Kelihatan Dari - Air Force One~..Flight Peribadi US. President. Mr.Ronald Bennet adalah bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara,tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California..membuat pengakuan. 

US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru.. yg diadakan oleh Shah Iran di Tehran.Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar' ditimbus airbatu..ketika Air Force One yg membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw,Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977.] 

"Saya adalah jurufoto dan wartawan ygb meliputi segala aktiviti Whitehouse ..selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana2..bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President. 

Semasa peristiwa itu berlaku,kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey,kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yg sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yg kami naiki.Kami memandang ke tingkap.. kami nampak dengan jelas..."sebuah kotak panjang seperti bahtera yg besar.. 
..sebahagiannya ditutupi dgn airbatu." 




Gambar The Noah Ark Yg Hilang 


Seorg jurutera minyak telah menaiki helikopter di bhg Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba2 terkejut melihat satu kotak besar yg panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu.Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya 
mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yg mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar. 

Dgn rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar2 yg tlh diambil olhnya itu kpd semua rakan2 di Timur tengah dan Amerika.Dalam masa yg sama dia cuba mencari bantuan kewangan utk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari "Noah Ark".Malangnya dia tidak berjaya dan dgn rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu. 

Pada 27th.Dec.1962,Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dgn badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel. 

Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa 
almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digelidah org 10 hari sebelum kejadian. 

Filem dan gambar Noah Ark telah hilang..!!.ramai kawan2  baik  jurutera itu mengesahkan yg mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inchi.Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut. 


Pengakuan Paderi 


Seorang Paderi Christian - Pastor Harold William dari Logansport,Indiana telah membuat pengakuan pada sebuah media,ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yg berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yg telah tinggal di kaki Mt.Ararat. 

Mengikut sejarah/tradisi,mereka ini adalah keturunan terus menerus yg keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana2.Dan keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu. 

Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar' , anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat utk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu. 
Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini.mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya. 

Semasa Hj.Yearam masih kecil,ada beberapa org bangsa asing telah datang ke rumahnya.Mereka ini adalah orang yg tidak percaya dgn Al-Quran dan sebarang agama.Mereka adalah saintis,mereka dlm perjalanan melakukan ekspidisi utk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata2..


Apekah rahsia yang disimpan oleh 'Noah Ark' sehingga menyebabkan usaha mengkajinya menemui jalan buntu ?? Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya...








What Next?
Link To This Page:


Link To Home Page:



Subscribe to Addicted Online or subscribe in as a reader

0 Responses to Misteri Bahtera Nuh Bahagian 2..

Post a Comment

Follow Addicted-Online

Advertisement

Recent Posts

Subscription