Pelakon, Zain Saidin, 29, enggan mengambil pusing 'cakap-cakap' orang lain mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan aktres, Rozita Che Wan, 42.
Menurut Zain, selagi perkara tersebut tidak mengganggu dirinya, dia rela membiarkan orang lain bercakap apa sahaja yang mereka mahu.
"Jika ada orang nak percaya mengenai penulisan tersebut atau merasakan perancangan perkahwinan kami satu publisiti murahan, terpulanglah.
"Saya tak akan ambil tahu dan orang boleh bercakap apa sahaja yang mereka mahu. Biar sajalah," ujarnya kepada Zass.
Zain Saidin dan Rozita Che Wan |
"Mungkin selepas raya baru saya akan berjumpa dengan keluarga Che Ta (Rozita) dan buat masa ini kami baru berbincang berdua sahaja," jelasnya.Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Zain berkata, dia akan terlibat dengan program Master Chef Selebriti musim kedua dan hanya memberi tumpuan terhadap program itu buat masa ini.
Sementara itu, Che Ta enggan lagi berbicara mengenai soal perkahwinan mereka dan berharap semua pihak menanti sidang media mengenai perkahwinan mereka kelak.
0 Responses to Kisah kahwin: Publisiti murahan Zain Saidin?