Hari ni OGA nak cerita kat korang semua mengenai Raja Azmi yang khabarnya sudah berpisah dengan kekasih hatinya seorang pemain muzik tu. Khabarnya mereka dah sebulan putus cinta.Betul ke? Tak pela, kak Mi dah tak ada jodoh nak buat macam manakan. OGA harapkan selepas ni kak Mi akan jumpa pengganti baru yang boleh bahagiakan kak mi.
Hanya beberapa bulan lalu penerbit filem itu memberitahu dia sedang mengenali seorang jejaka yang merupakan pemain muzik.
Mengetepikan perbezaan umur yang ketara, Raja Azmi pada ketika itu turut mengakui bersedia untuk menerima pemuda tersebut sebagai suami.
Bagaimanapun hari ini Raja Azmi memberitahu kisah cintanya itu sudah berlalu pergi sejak sebulan lepas. Menurut bekas isteri kepada pemain badminton negara Jalani Sidek ini, dia lebih selesa untuk menggelarkan tempoh percintaan terbarunya itu sebagai 'cinta monyet'. Menurut Raja Azmi:
"Kami sudah berpisah sejak sebulan lalu." Itulah jawapan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, tatkala ditanya tentang hubungannya dengan Hafiz, 27, seorang pemuzik muda yang bermain muzik di pusat hiburan.
"Kami sudah berpisah sejak sebulan lalu. Kami berpisah secara baik dan saya juga tidak lagi mengunjungi pusat hiburan di mana dia (Hafiz) bekerja.
"Saya anggap percintaan tersebut sebagai 'hujan lalu', mungkin terlalu terkejut dari perceraian, saya mengambil langkah pantas untuk mencari pengganti. Namun akhirnya saya tahu hubungan ini tidak akan ke mana-mana," katanya tersenyum.
Raja Azmi |
"Saya tidak akan serik untuk mencari cinta, saya seorang wanita yang ingin dimanja, kerana selama 28 tahun berumah tangga saya sudah biasa begitu.
"Bagaimanapun, mungkin kali ini kriteria lelaki pilihan itu sedikit berbeza, lebih matang atau sama umur dengan saya," katanya ringkas.
0 Responses to Gosip Artis Terkini - Raja Azmi putus cinta dengan pemuzik muda