Disebabkan kekangan masa, Norman Hakim, 37, akui isterinya Memey Suhaiza lebih banyak menjaga anak mereka Mohamed Darwisz Hakim yang baru mencecah usia sebulan berbanding dirinya.
Menurut Norman, Memey yang baru sahaja tamat proses pantangnya selama 44 hari kelmarin semakin biasa dengan rutin harian baru bersama Darwisz dan Memey cepat tangkap jika bab berkaitan penjagaan bayi.
“Alhamdulillah, Memey cepat tangkap jika kita tunjuk dia cara-cara yang betul ketika menjaga bayi yang masih kecil ini”Ujar Norman lagi selepas kelahiran Darwisz rezeki untuk keluarganya semakin murah apabila Memey sendiri terpaksa menolak tawaran berlakon ketika masih berpantang.
“Memey ada juga terima tawaran berlakon dan menjalani penggambaran di Amsterdam. Kalau ikutkan peluang memang saya mahu Memey pergi tapi setelah membuat perbincangan bersama saya cakap kepadanya ‘takpelah bukan rezeki kita’”
“Pada saya biarlah ibunya yang jaga sendiri daripada orang luar sebab saya trauma sikit dengan isu pembantu rumah sekarang”
Memey dan Norman Hakim |
“Kalau ikutkan memang saya nak dia bersara dan tumpukan sepenuh perhatian pada anak kami yang masih kecil, yelah kalau shooting ni tak kira masa. kadang-kadang sampai subuh pun ada.”
“Tapi saya faham perasaan dia yang sama seperti saya meminati bidang lakonan, pada saya terpulang pada dirinya dan saya tidak akan menghalang”Walaupun tidak menghalang Memey untuk bersara dari bidang lakonan, Norman Hakim memberitahu perlu ada had dari segi masa ketika shooting sehingga jam 10 malam.
0 Responses to Gosip Artis - Norman beri galakan Memey bersara?