Aktor kacak Zain Saidin memberitahu dia mahupun keluarga belum menetapkan sebarang perancangan untuk merisik aktres Rozita Che Wan dalam masa terdekat.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, perancangan ke arah perkahwinan masih belum difikirkan pada waktu ini biarpun dia mengakui hubungan dengan Rozita berada pada tahap yang lebih stabil.
“Hubungan kami macam itu juga. Saya akui kami semakin stabil dan baik tetapi belum ada perancangan untuk merisik atau apa-apa pun pada waktu ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.Zain berkata demikian sebagai respons kepada gambar-gambar percutiannya bersama Rozita dan keluarganya di Singapura pada hujung minggu lalu yang dimuat naik di laman Instgram milik aktor itu.
Zain dan Rozita ketika bercuti di Universal Studios Singapura pada hujung minggu lalu. |
“Kami sengaja berjalan-jalan di USS sebab kebetulan sedang cuti. Kami pergi selama dua hari dengan Rozita, anak-anak dan adiknya Ayu Raudhah dan suami,” katanya.Mengenai kerjaya, Zain berkata, dia bakal menyambung semula penggambaran drama bersiri Oh My English! musim kedua selepas cuti perayaan ini.
“Selain Oh My English!, saya juga akan terlibat dalam program realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim terbaharu pada Mac depan,” katanya.
0 Responses to Zain Saidin Belum Tetapkan Tarikh Merisik Rozita - Gosip Panas Artis