Hari tu, OGA(Oh Gosip Artis) ada memasukkan entri mengenai hubungan syamsul dan ayahnya yang dikatakan renggang. Oleh itu, Pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof, enggan mengulas mengenai hubungan dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam, yang dikatakan renggang, kerana bimbang kenyataannya disalahertikan.
“Saya tidak mahu komen apa-apa. Ya, saya sudah baca cerita itu di akhbar, dan saya mahu berbincang dulu dengan papa, baru saya akan komen,” katanya ketika dihubungi, semalam.Memetik laporan akhbar Harian Metro, semalam, pengarah, produser dan pemilik syarikat Skop Productions, Yusof, turut menafikan hubungan mereka berdua dalam keadaan dingin. Kononnya, keadaan itu berlaku akibat sikap Shamsul yang berlengah untuk menyiapkan filem KL Gangster 2.
Syamsul Yusof |
OGA(OH Gosip Artis): Walaupun apa-apa yang berlaku hubungan ayah dan anak tidak sesekali pun putus walaupun mengalami konflik atau krisis. Bak kata perpatah, air dicincang tidak akan putus.
0 Responses to Syamsul enggan mengulas hubungan dengan bapanya - Gosip Panas Artis