Raffi Ahmad yang ketika ini berada dalam tahanan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia menolak kedatangan bekas kekasihnya, Yuni Shara yang berniat menziarahinya hari ini.
Raffi menyatakan tidak bersedia bertemu dengan kakak penyanyi Krisdayanti itu dengan alasan yang masih menjadi tanda tanya.
Bahkan pemberian Yuni iaitu sejadah dan buku-buku motivasi juga ditolak oleh pengacara popular rancangan Dahsyat itu.
Raffi Ahmad dan Yuni Shara |
Raffi memberitahu kepada saya dia tidak mahu bertemu dengan Yuni. Dia hanya menyampaikan pesan Beritahu kepada Yuni, Yuni sudah tahu apa yang dia telah lakukan terhadap saya. Itu apa yang disampaikan Raffi kepada saya untuk Yuni," ujar peguam Raffi, Hotma Sitompul (Hotma).
Hotma juga memberitahu dia sudah memujuk Raffi untuk menemui Yuni, namun lelaki itu tetap dengan pendiriannya untuk tidak menemui Yuni.
Demi keselesaan anak guam saya, Yuni Shara tidak boleh menjenguk. Menjadi hak si tertuduh untuk ditemui atau tidak," tegas Hotmaa.
Media Indonesia melaporkan, Yuni Shara pagi ini datang ke pejabat BNN untuk menemui Raffi.
Dia membawa kelengkapan alat solat seperti sejadah, kain sarung dan al-Quran.
Raffi pernah menjadi kekasih Yuni selama empat tahun tetapi memutuskan hubungan itu kira-kira empat bulan lalu.
Dia ketika ini ditahan pihak berkuasa kerana didakwa menganjurkan pesta dadah di kediamannya di Jakarta pada 27 Januari lalu.
0 Responses to Raffi Ahmad menolak kedatangan Yuni Shara - Gosip Artis Indonesia