Selepas umum melihat keakraban yang terjalin antara Nelydia Senrose dan Qi Razali, juga merupakan bekas kekasih Yuna Zarai, Nelydia tidak terlepas dari dituduh sebagai punca perpisahan antara Qi Razali dan Yuna.
Semua sedia maklum bahawa Nelydia dan Qi Razali kini sedang berkawan rapat. Pasangan ini sudah banyak kali dilihat keluar berdua di tempat awam & kami sendiri pernah terserempak beberapa kali dengan mereka.
Sehubungan dengan ini, menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa Nelydia lah yang menjadi punca keretakan perhubungan antara Qi dan Yuna. Nelydia sendiri akui belum pernah lagi bersua muka dengan Yuna.
Nelydia Senrose |
“Nely bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Nely rapat dengan Qi pun baru je lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”Sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love. Namun Nelydia akui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.
Nelydia akui sering menjadikan Qi sebagai bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej. Nelydia menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak. Usia yang sudah menginjak 37 tahun, menjadikan Qi lebih matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya.
Nelydia Senrose kini sedang mengikuti kursus Psikologi selama 3 tahun di SEGI College, Subang.
Tambah Nelydia, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Seakan memberi hint hatinya terbuka untuk menerima Qi seandainya Qi adalah jodohnya.
0 Responses to Nelydia Senrose nafi punca perpisahan Yuna dan Qi