Rasanya semua orang sudah sedia maklum tentang hubungan Neelofa dan Tasha Shilla yang dingin pada tahun lepas gara-gara komen terbuka Neelofa yang mempertikaikan kemenangan Tasha Shilla. Namun begitu, OGA(Oh Gosip Artis) mendapat tahu bahawa mereka telah pun bertegur sapa antara satu sama lain.
Bagus la macam tu! Buang yang keruh ambil yang jernih. Hiburan tanah air kita pun bukannya besar sangat macam hollywood kan so, pergi mana-mana mesti akan jumpa. Menurut Neelofa Mohd. Noor atau nama manjanya Lofa kini dia lega kerana sudah bertegur sapa dengan Tasha Shilla selepas hampir setahun bersengketa.
Neelofa dan Tasha |
"Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini.
"Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-24 di sini semalam.
0 Responses to Neelofa dan Tasha kini sudah berbaik - Gosip Artis