Selepas berakhirnya kontroversi melibatkan penyanyi, Najwa Latif yang didakwa derhaka oleh ayah kandungnya sendiri, Abdul Latif Ismail Cinta Muka mengakui bahawa hubungannya dengan bapanya kini semakin baik.
Pun begitu, Najwa Latif yang tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya menganggap kontroversi yang berlaku adalah sebahagian daripada dugaan hidup yang perlu diterimanya.
"Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan mereka juga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya," jawabnya ringkas kepada murai.com.my selepas pelancaran Karnival WOW! Putrajaya 2013 (KWP2013), di Taman Botani Putrajaya, baru-baru ini.Bapa Najwa Latif iaitu Abdul Latif Ismail sebelum ini dalam laporan sebuah akhbar mendakwa anaknya itu anak derhaka dan meminta Najwa berjumpa dengannya untuk meminta maaf pada akhir tahun lalu.
Najwa Latif |
"Kontroversi itu masalah peribadi saya, saya bersyukur kerana orang di luar sana memahami situasi saya dan ia sedikit pun tidak menjejaskan kerjaya saya. Malah, alhamdulilah saya semakin banyak menerima tawaran menyanyi, lebih-lebih lagi selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) akhir tahun lepas," luahnya pelantun Cinta Muka Buku ini lagi,.
Selain bakal beraksi di Konsert Wow! Putrajaya 2013 di Taman Botani pada 3 Mac ini, Najwa kini sedang dalam proses menyiapkan album keduanya yang dijangka bakal keluar pada penghujung akhir tahun ini.
0 Responses to Najwa Latif Akui Hubungan Dengan Bapa Kini Lebih Baik - Gosip Artis