Julia Ziegler sedia maafkan Sharifah Sakinah - Gosip Artis Terbaru

Google Adsense Code Here/Ad

Julia Ziegler sedia maafkan Sharifah Sakinah - Gosip Artis Terbaru

Thursday, 21 February 2013 | Tags: , , , , , , , ,
Digg it | Stumble it | Save to Del.ico.us

Sebelum tu OGA mintak maaf la lewat sikit update pasal kes Julia Ziegler dengan Sharifah Sakinah sebab sibuk sangat-sangat hari ni. Apa yang OGA nak ceritakan kat sini, ingat tak semalam OGA ada memasukkan artikel mengenai dua orang pelakon iaitu Julia Zegler dengan Sharifah Sakinah yang bergaduh kat twitter. Nmaun hari ni OGA dapat tahu bahawa pelakon Julia Ziegler, 29, menegaskan bahawa hubungannya dengan pelakon baru, Sharifah Sakinah masih lagi dingin selagi pelakon itu tidak memohon maaf secara bersemuka.


“Perselisihan yang berlaku antara kami berdua pada tahun 2011, berpunca daripada dia dan pastinya dia perlu memohon maaf atas perbuatan tersebut.

“Saya bukanlah seorang yang kejam, jadi sekiranya dia mahu menyelesaikan perkara ini dengan ikhlas, saya akan menerimanya dengan hati terbuka," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.


julia ziegler
Julia Ziegler 
Media semalam melaporkan Sakinah, 23, yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Shahirah itu mengatakan hubungan antara dirinya dan Julia adalah baik.

Ekoran daripada artikel tersebut, Julia membalas kenyataan tersebut dengan menulis di laman sosial Twitter miliknya.

"Sejak bila jernih ni? Kau buat dosa dengan aku, minta maaf dulu baru boleh jernih," katanya yang ditujukan kepada Sakinah.

Julia yang bakal terbabit dengan pementasan teater "Asmara Songsang" di Istana Budaya bermula 1 Mac ini juga berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Sakinah atas dasar profesional.

"Sebagai pelakon, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan dia, tetapi secara peribadi saya tidak mahu dikaitkan dengan dirinya," tambah pelakon yang juga seorang model itu.
Pendapat OGA la kan, baik ambil yang jernih dan buang yang keruh! Jangan marah yer Julia. Ni sekadar pendapat sahaja.



What Next?
Link To This Page:


Link To Home Page:



Subscribe to Addicted Online or subscribe in as a reader

0 Responses to Julia Ziegler sedia maafkan Sharifah Sakinah - Gosip Artis Terbaru

Post a Comment

Follow Addicted-Online

Advertisement

Recent Posts

Subscription