Penyanyi, Fazli Zainal terkejut apabila dia dikatakan turut hadir sebagai rakan artis ketika majlis pertunangan pelakon Fizz Fairuz dan gadis Azlyn Massiela diadakan Kuantan Pahang pada 10 Februari lalu.
Fazli Zainal berkata dia terkejut kerana dia akui tidak berada majlis yang dimaksudkan walaupun sebelum ini rakannya, Fizz Fairuz itu pernah menyatakan hasratnya untuk bertunang.
Fazli Zainal |
"Saya memang tidak berada di majlis itu kerana saya sendiri tidak mengetahui mengenai pertunangan tersebut ," katanya mengulas dakwaan itu ketika dihubungi oleh murai.com.my petang tadi.Sungguh pun begitu, Fazli memberitahu dia pernah diberitahu oleh Fizz hubungannya dengan Almy sudah berakhir 2 tahun lalu.
"Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungannya dengan Azlynn walaupun dia pernah beritahu saya hubungan cintanya dengan Almy sudah putus sejak 2 tahun yang lalu," ceritanya lagi yang tidak berniat untuk mengulas lebih lanjut.Sebelum ini, ramai yang menyangka hubungan Fizz dan Almy masih baik dan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta, bagaimanapun sangkaan itu meleset selepas Fizz mengikat pertunangan dengan wanita lain baru-baru ini.
Fazli kini sedang sibuk memenuhi undangan nyanyian untuk majlis penyampaian sumbangan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) di beberapa lokasi di seluruh Malaysia.
0 Responses to Fazli Zainal Nafi Hadir Majlis Pertunangan Fizz Fairuz -Gosip Artis Terkini