Pelakon Talha Harith menegaskan wanita yang dilihat bergambar mesra dengannya dalam beberapa keping foto di laman Instagram pada hanyalah rakan karib dan bukan kekasih seperti yang didakwa.
Talha, 23, berkata, dia membuat penjelasan tersebut bagi mengelak salah faham dan spekulasi kerana hubungannya dengan wanita bernama Farah Shazreen itu hanyalah berlandaskan persahabatan biasa.
"Saya tidak kisah pun mengenai gambar-gambar kami tersebar sebab tiada apa yang menjolok mata ataupun perbuatan tidak sopan.
"Cuma saya perlu jelaskan wanita itu hanyalah kawan baik dan kami bukan kekasih seperti segelintir pihak sangkakan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis.
Talha Harith |
0 Responses to 'Dia Bukan Kekasih Saya' - Talha Harith