Dalam satu temubual eksklusif Berita Harian dengan Fizz Fairuz yang disiarkan akhbar tersebut hari ini, Fizz Fairuz telah menjawab kenyataan Azlyn yang dia berbohong tentang status perkahwinan Azlyn juga di akhbar yang sama semalam. Fizz memberitahu yang dia ada meminta penjelasan dari Azlyn mengenai dakwaan seorang lelaki yang Azlyn ialah isteri keduanya, dan Azlyn juga mengakui hakikat itu.
Selepas bertemu lelaki itu, saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama. Cuma mereka perlu mendaftar dalam negara untuk mendapat sijil perkahwinan yang sah. Perkahwinan mereka sah walaupun tidak didaftarkan.
Azlyn Massiela dan Fizz Fairuz |
Fizz turut menyatakan yang bapa Azlyn seolah-olah tahu apabila diajukan persoalan tentang perkahwinan Azlyn sebelum ini, tetapi alasan yang diberi ialah Azlyn dilarikan ketika berkahwin dulu. Fizz tidak dapat menerima alasan tersebut, baginya dilarikan atau kahwin lari, mereka ialah pasangan suami isteri yang sah mengikut syarak.
Fizz mendakwa melihat nama Azlyn pada sijil nikah yang ditunjukkan lelaki tersebut, dan tidak melihat tarikh dan butiran lain kerana terlalu kecewa.
Fizz berkata yang dia sudah banyak menanggung dosa dengan berkenalan dan bertunang dengan wanita itu, dan tidak mahu terus menanggung dosa.
Oleh sebab itu dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan wanita itu Ahad lepas.
Mengenai dakwaan sihir, Fizz berkata yang dia tidak menuduh Azlyn melakukan sihir terhadapnya, dia cuma berkata keadaan dirinya seolah-olah seperti terkena sihir. Fizz mendakwa tidak mempunyai selera makan dan jika makan dia akan muntah. Dia juga berasa was-was ketika ingin melangsungkan pertunangan dengan wanita itu, tambahan pula tangannya tersimbah air panas dan keretanya rosak sebelumnya, tetapi diteruskan juga pertunangan itu kerana majlis telah dirancang.
Mungkin Tuhan ingin menunjukkan sesuatu kepada Fizz. Memang benar kata Ustaz Wan Akashah sebelum ini, majlis pertunangan perlu diuar-uarkan kerana dikhuatiri tunang dipinang orang lain. Dalam hal ini, keadaannya terbalik pula, kerana Fizz pula terpinang isteri orang.
0 Responses to Bekas tunang Fizz Fairuz mengaku sudah berkahwin - Gosip Artis Terkini