|  | 
| Gambar Sila semasa dulu dan sekarang | 
 Pelakon  wanita yang sering kali diberi jolokan seksi dan menggoda, Zila Bakarin mengakui dia menyesal melakukan suntikan pada wajahnya dan bibir.
Zila telah melakukan  suntikan pada bahagian dagu dan bibirnya pada  empat tahun lalu hingga merubah bentuk wajahnya dari yang sebenar.
Bagi Zila, perubahan wajah sekarang ini menimbulkan perasaan menyesal yang tebal dalam dirinya.
Ini kerana, Zila merasakan wajahnya yang dulu jauh lebih sempurna berbanding sekarang.
“Kalau masa boleh diputar ke belakang, saya memang tak akan lakukan  suntikan pada wajah. Walaupun sudah lebih empat tahun saya tidak  menyuntik apa-apa pada wajah, tapi bentuk tersebut masih kekal.
“Bila saya lihat gambar lama, saya rasa wajah saya sudah cukup sempurna,” kata Zila yang dipetik dari Sinar Harian.
Zila percaya, keghairahan setiap wanita untuk tampil kelihatan cantik  memungkinkn diri masing-masing mengambil setiap cara untuk mengekalkan  kecantikan.
Namun, Zila ikhlas menasihati orang ramai yang ingin mengambil suntikan kecantikan tidak meneruskan niat tersebut.
“Jadi pada sesiapa yang mahu menyuntik atau mengubah wajah, saya rasa baik lupakan sahaja niat mereka itu,” katanya.
Bercerita mengenai perjalanan seni lakonannya, Zila sudah dilabelkan  sebagai pelakon wanita yang berjaya membawa watak jahat atau antoganis.
Wanita yang mempunyai dua orang anak perempuan itu mengakui lebih selesa membawa watak seorang perempuan yang jahat dan tidak kisah sekiranya dipanggil pelakon sterotaip.
“Biarpun orang label saya sebagai pelakon stereotaip, tapi pada saya,  saya rasa lebih selesa membawa watak perempuan jahat. Saya suka pada  watak yang menjadi pencetus kepada segala masalah dalam sesebuah cerita.
“Pernah saya menjayakan watak ibu yang baik, namun akhirnya saya ditegur  pengarah kerana katanya, gaya saya seperti mahu memikat anak saya pula.  Malah kadangkala saya jadi tertekan kerana perlu mengawal segala tindak  tanduk, kawalan suara, reaksi muka dan banyak lagi,” terang Zila.
source:mynewshub
 
0 Responses to Zila Bakarin Menyesal Suntik Bibir - Gosip Artis